Monday, February 15, 2010

messy hair?

Haha.mesti ramai yang pelik dengan title post i kan?Sebenarnya ni adalah post tanpa arah tuju.Tiba tiba i teringat nak bagi tips dipagi ni.

Dah la azym ape ko mengomel macam nenek pagi pagi ni!Bhaha

Baiklah i akan list kan ape yang i buat as my routine la ea?SELAMAT MENCUBA ;)
1.Jangan basuh rambut anda pada waktu siang.
2.Amalkan basuh rambut sebelum anda tidur dan tabur bedak kat rambut dan bantal.
3.Amalkan lumur rambut anda dengan santan busuk!
4.Saya jarang guna sikat.Sebab sikat ada kuasa statik buat macam rambut anda terpacak bila anda start tv anda.
5.Menggunakan Syampu
*Mitos pertama mengenai rambut adalah terlampau kerap bersyampu. Ini boleh menyebabkan rambut mengalami keguguran. Sebenarnya, cara anda menggosok kepala adalah penyebab utama rambut gugur. Cara menggosok kepala yang tidak betul akan mencabut akar rambut. Rambut yang gugur 50-100 helai sehari adalah perkara normal. Ini berlaku kerana rambut juga perlukan generasi. Jika jumlah rambut gugur lebih daripada jumlah yang dihadkan, maka anda mengalami masalah rambut gugur. Masalah itu terjadi mungkin disebabkan oleh fungsi tubuh anda terganggu, ‘stress’ dan kurang vitamin.

6.penggunaan Mayonis
*Ada juga di kalangan wanita mengatakan bahawa mayonis adalah perapi rambut yang baik. Ia terbukti apabila ada di kalangan personaliti barat menggunakan cara yang sama untuk mendapatkan rambut yang cantik. Malahan cara ini sering menjadi ikutan dan terus meletakkan status petua sebagai berkesan.

Jika dilihat secara asasnya mayonis diperbuat daripada campuran telur, minyak dan cuka. Memang benar bahawa bahan-bahan ini adalah perapi yang baik. Tapi anda harus ingat, tidak semua rambut serasi dengan bahan-bahan tersebut.

Misalnya bagi rambut berminyak, sebaiknya hindari penggunaan minyak yang banyak. Rambut yang kering dan kulit kepala yang sensitif pula, hindarkan penggunaan cuka. Ingat juga, setelah menggunakan mayonis sebagai perapi, basuhlah dengan bersih kerana dikhuatiri lubang pori-pori akan tersumbat.

7.Air hujan??????
*Biasanya, air tadahan hujan dikatakan baik dijadikan air mandi dan membasuh rambut. Hal ini kerana, air tadahan datang daripada sumber semulajadi. Hujan yang turun daripada langit dapat ditadah terus menerus tanpa ditambah dengan klorin.

Perkara ini mungkin praktikal pada zaman dahulu. Anda harus sedar, udara kini kotor. Banyak pencemaran terjadi di muka bumi. Awan pula menakung air yang datang dari bumi. Justeru, air hujan tidak boleh dikatakan bersih dan baik untuk rambut. Dikhuatiri air yang ditadah adalah air hujan asid.

8.penggunaan Syampu bayi
*Syampu bayi sering dianggap sebagai bahan yang mampu menjadikan rambut wanita dewasa kembali lembut seperti rambut bayi. Sebenarnya, tekaan anda itu salah. Satu-satunya kelebihan menggunakan syampu bayi adalah mata anda tidak pedih. pH yang terdapat dalam syampu bayi lebih rendah berbanding pH pada syampu orang dewasa. Hal ini kerana kulit kepala bayi masih lembut berbanding kulit kepala orang dewasa. Penggunaan syampu bayi orang dewasa tidak berkesan kerana syampu bayi tidak mampu bekerja secara maksimum pada kulit kepala orang dewasa.

9.Air limau
*Ada petua yang mengatakan perahan air lemon boleh mengilatkan rambut. Petua ini mungkin ada kebenarannya namun semuanya bergantung pada warna rambut anda. Sejak dahulu kala, air perahan lemon telah digunakan sebagai ‘bleaching’ semulajadi pada rambut bewarna terang.

Seperti rambut warna perang atau coklat terang. Rambut yang diusap dengan air perahan limau nampak lebih berkilat jika terkena cahaya matahari. Namun begitu bagi rambut bewarna gelap, termasuk hitam, merah tua atau coklat tua, kilat rambut tidak berkilau.

1 comment:

  1. rambut aku kusut,kering. pagi2 aku xmandi, so ak kerap basahkan rambut tok wat ak nmpk mcm mandi. ak xpenah sikat. ade r gune gel/wax lembut sikit. ak syampu pon tukar2,xtaw ne berkesan. purata 2kali sminggu syampu. any komen pasal rutin rambut aku???

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...